Silat ini berasal dari Riau Indonesia. Di Riau silat ini diwarisi oleh seorang lelaki Melayu yang dikenali dengan nama Abdul Karim yang berusia lebih kurang seratus tahun. Sehingga blog ini ditulis beliau masih lagi hidup. Di Malaysia anak muridnya yang tinggal di Kg Telok Rumania di selatan negeri Johor adalah pewaris kepada silat ini. Beliau bernama Mokhtar bin Abu Bakar. Beliau bekerja sebagai nelayan dan berniaga warong kedai kopi.
Silat ini juga telah berkembang hingga ke Terengganu yang dibawa oleh murid Guru Mokhtar iaitu Guru Murad bin Long di Kg Pengadang Baru Felda Jerangau, Dungun dan juga Kemaman.
Selain Terengganu silat ini juga dikembangkan di Kuantan oleh Guru Rosli. Di Seremban pula silat ini dikembangkan oleh Guru Nazari.